Kes harian rendah direkodkan hari ini sebanyak 9,066

Jangkitan kes Covid-19 harian dicatatkan negara hari ini turun apabila hanya sebanyak 9,066 kes baharu direkodkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah tersebut menjadikan jangkitan kumulatif adalah sebanyak 2,277,565.

Jangkitan baru hari ini adalah yang paling rendah dalam 83 hari, sejak 12 Julai lalu.

Malaysia Barat merangkumi 6,881 kes baru atau 75.9 peratus manakala Malaysia Timur menyumbang 2.185 daripada jangkitan baru atau 24.1 peratus.

Sarawak merekodkan 1,418 kes, manakala Selangor 1,000 kes dan Kuala Lumpur 201 kes.

Kes baharu setiap negeri:

Selangor – 1,000 (681,616)
Sarawak – 1,418 (215,576)
Sabah – 767 (200,396)
Johor – 981 (199,167)
WPKL – 201 (186,721)
Kedah – 670 (136,789)
Pulau Pinang – 620 (132,376)
Kelantan – 796 (118,250)
Perak – 669 (104,719)
Negeri Sembilan – 191 (97,843)
Pahang – 630 (66,682)
Melaka – 206 (59,145)
Terengganu – 827 (57,989)
WP Labuan – 0 (9,969)
WP Putrajaya – 24 (6,230)
Perlis – 66 (4,097)

BERITA BERKAIT
POPULAR