Kes harian melonjak lagi

February 7, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi kepada 11,034 kes, berbanding 10,089 kes yang dicatat semalam.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 hingga hari ini meningkat kepada 2,925,254 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada nilai 1.27, berbanding 1.20 sehari sebelumnya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berdasarkan statistik dikongsi Dr Noor Hisham, semua negeri merekodkan kadar Rt melebihi 1.00, dengan Sabah mencatat nilai Rt tertinggi sebanyak 1.47, diikuti 1.40 bagi Perlis, dan Sarawak (1.30).

Labuan, Putrajaya serta Kedah pula mencatat nilai Rt 1.25 diikuti Terengganu (1.23); Johor (1.22); Selangor (1.21); masing-masing 1.20 bagi Pulau Pinang serta Pahang; Melaka (1.16); Perak (1.15); Negeri Sembilan (1.13); Kelantan (1.11); dan Kuala Lumpur (1.10).

Sejak awal 2020 lalu hingga semalam seramai 2,812,614 pesakit telah sembuh, manakala 32,034 kes kematian dilaporkan di seluruh negara, dan 69,572 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 60,999 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,474 ditempatkan di PKRC; 3,962 dimasukkan ke hospital; dan 137 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 71 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok