Kes harian di hampir semua negeri naik, tujuh kluster baharu dikesan

February 1, 2022 · Isu semasa

Semua negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Negeri Sembilan, merekodkan peningkatan jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ini adalah kali pertama tahun ini di mana hanya sebuah negeri merekodkan penurunan kes harian. Mengikut rekod, pada 18 Januari lalu, 14 negeri merekodkan peningkatan, manakala dua lagi turun.

Dalam tempoh 24 jam itu, negara merekodkan 5,566 kes baharu, meningkat 792 kes, berbanding 4,774 kes semalam, menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,876,324 kes, dengan 2,787,190 pesakit sembuh, dan 31,978 kematian.

Daripada jumlah kes harian hari ini, Selangor kembali mencatat peningkatan dengan merekodkan 1,258 kes, berbanding 1,166 kes semalam.

Angka itu menjadikan kumulatif positif di Selangor kini mencecah 816,973 kes, dengan sehingga semalam 791,130 pesakit telah sembuh, 10,057 kes kematian dan 14,528 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 13,542 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 322 ditempatkan di PKRC; 644 dimasukkan ke hospital; dan 20 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, lebih 12.66 juta dos vaksin telah diberikan kepada individu berusia 12 tahun ke atas di Selangor, dengan 4,788,325 atau 94.6 peratus telah lengkap divaksinasi, dan 4,853,275 atau 95.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara, 3,036,217 atau 54.2 peratus lagi individu menerima suntikan dos penggalak.

Sehingga kini, sebanyak 50 daripada 1,349 kluster Covid-19 yang dikesan di Selangor, masih aktif dengan 25 kluster melibatkan pendidikan, tempat kerja (15), komuniti (tujuh), dan kumpulan berisiko tinggi (tiga).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 1 Februari 2022. – Sumber Jabatan Kesihatan Negeri

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu sebanyak tujuh lagi kluster baharu Covid-19 dikesan, dan setakat ini 318 kluster masih aktif di seluruh negara.

Beliau juga memaklumkan 227 kes import turut dikesan hari ini dengan 101 kes melibatkan rakyat Malaysia dan 126 bukan warganegara, manakala 5,339 kes lagi adalah penularan tempatan yang turut membabitkan 145 rakyat asing.

Seramai 113 pesakit masih dirawat di ICU dengan 59 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 5,566 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 51 kes atau 0.9 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,515 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
54 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
1 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
1 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok