
Seorang wanita melakukan ujian saringan Covid-19. – Gambar Agenda Daily, 19 Mei, 2021.
Negara merekodkan sebanyak 7,420 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Angka itu menurun sedikit berbanding 8,084 jangkitan baharu dilaporkan, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, berkata jumlah kumulatif keseluruhan kes Covid-19 kini mencecah 2,377,033 jangkitan.