Kes harian baharu Covid-19 semua negeri di bawah paras 1,000

October 25, 2021 · Isu semasa

Semua negeri hari ini sekali lagi merekodkan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras 1,000, dengan tertinggi dicatatkan Selangor sebanyak 756 kes berbanding 1,078 kes semalam.

Kali terakhir semua negeri merekodkan kes harian di bawah empat angka ialah pada 18 Oktober lalu dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi sebanyak 800 kes.

Bagaimanapun statistik dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menunjukkan kes baharu di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur meningkat sedikit berbanding semalam.

Dalam tempoh itu Kelantan merekodkan 596 kes baharu berbanding 469 semalam, diikuti Terengganu (298 baharu, 277 semalam); Pahang (256 baharu, 252 semalam); dan Kuala Lumpur (176 baharu, 162 semalam).

Hanya Labuan yang tidak mencatat kes baharu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan seramai 7,414 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Katanya angka itu menjadikan kumulatif sembuh sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,334,783 kes atau 95.8 peratus daripada keseluruhan 2,436,498 kes positif yang dikesan.

Beliau juga memaklumkan daripada 4,782 jangkitan baharu hari ini, 15 melibatkan kes import, termasuk dua individu bukan warganegara, manakala 4,767 lagi adalah kes tempatan yang turut membabitkan 192 bukan warganegara Malaysia.

Katanya, daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya 96 pesakit melibatkan kategori 3, 4 dan 5, manakala selebihnya adalah kategori 1 dan 2.

Seramai 607 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 300 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga memaklumkan enam lagi kluster baharu Covid-19 dikesan menjadikan keseluruhannya 5,728 kluster dengan 5,200 telah ditamatkan dan 528 lagi masih aktif.

Kluster baharu hari ini melibatkan tiga di tempat kerja, dua berkaitan pendidikan, dan satu kluster komuniti yang dikesan di Kubang Pasu, Kedah melibatkan 15 individu daripada 16 yang disaring.

Dua kluster tempat kerja dikesan di Johor iaitu masing-masing di Pontian melibatkan 16 individu daripada 79 yang disaring dan Muar seramai sembilan daripada 24 individu yang disaring.

Satu lagi kluster tempat kerja dikesan di Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu, Kelantan melibatkan enam individu daripada 16 saringan yang dijalankan.

Dua kluster institusi pendidikan dilaporkan di Merbok, Kedah melibatkan 18 individu daripada 179 saringan, dan di Sepang serta Gombak, Selangor membabitkan sembilan individu daripada 111 yang disaring.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Rayuan terakhir: Adakah Najib sedang guna strategi baharu?
August 12, 2022
Parti liar Janda Baik: Datuk Seri, warga emas antara 25 ditahan
August 11, 2022
Bank ambil serius kes iPay88 alami ‘insiden keselamatan siber’
August 11, 2022
Siapa ‘jerung’ di belakang skandal kapal tempur: Rafizi tanya Najib
August 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh 8.9 peratus pada suku kedua: BNM
2 jam lalu · Isu semasa
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
2 jam lalu · Isu semasa
BNM jamin pelanggaran data iPay88 tidak libat kelemahan sistem bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tubuh RCI siasat pelanggaran data setelah iPay88 alami ‘insiden’
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit rendah berbanding dolar AS
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok