
Polis mengesahkan video yang menunjukkan ribuan orang memasuki Malaysia melalui COQ di Johor Baharu hari ini, 17 November 2022, adalah palsu.
Lima saksi akan dipanggil polis bagi dirakam percakapan dalam kes seorang Hakim Syarie yang didakwa “berbogel” di bilik tidur wanita sudah bersuami.
Daripada lima saksi tersebut, tiga saksi sudah diambil keterangan bagi membantu kes tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, semua individu itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk dirakam keterangan.
“Setakat ini kita sudah merakam keterangan tiga individu, iaitu wanita yang juga pengadu dan anaknya serta hakim yang dilaporkan.
“Keterangan mereka adalah penting untuk siasatan kes ini sebelum ia dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Semalam Farouk memaklumkan, hakim tersebut membuat laporan balas menyatakan dakwaan wanita berkenaan adalah tidak benar dan palsu.
“Siasatan masih dijalankan dan segala bukti yang ada sedang dikumpulkan bagi membantu melengkapkan siasatan kes ini,” katanya.
Beliau berkata, laporan balas hakim itu dibuat beberapa hari selepas wanita terbabit membuat laporan polis berkaitan kejadian yang didakwa berlaku pada Ogos tahun lalu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan,” katanya.
Selasa lalu, polis Ampang Jaya mengesahkan sedang menyiasat seorang hakim kanan selepas didakwa mengaib kehormatan seorang wanita di rumahnya.
Menurut laporan polis, kejadian tersebut berlaku sekitar Ogos 2020. Pengadu membuat laporan pada Disember lepas.
Pengadu, seorang wanita berusia 57 tahun, mendakwa pada satu malam pada Ogos 2020 hakim berkenaan datang ke rumahnya ketika suaminya terlantar sakit dan mohon dibenarkan menumpang bilik tidur untuk solat.
Pengadu kemudian mendapati hakim berkenaan berada terlalu lama dalam bilik dan apabila diperiksa mendapati dia sedang tidur di atas katil dalam keadaan bogel.
Pengadu mendakwa hakim itu meninggalkan rumahnya pada 3 pagi dan sebelum pergi sempat mendakwa dia berbogel di bilik berkenaan untuk “menguji” pengadu.