Kes Guan Eng, saksi tak tahu berapa kali rasuah dibayar

June 28, 2022 · Isu semasa

Saksi ke-29 dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu tidak mengetahui berapa kali dan bagaimana wang rasuah dibayar kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Ibrahim Sahari berkata bekas rakan sekerjanya Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli tidak ada memberitahunya berhubung rasuah kepada Guan Eng, bagaimanapun beliau disuruh menggunakan invois serta baucar “palsu”.

“Dia (Zarul) tidak beritahu saya berapa kali ‘rasuah’ itu dibayar atau bagaimana ia diberikan,” katanya semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ibrahim, invois dan baucar yang dikeluarkan itu digunakan bagi pembayaran kepada beberapa entiti (Sinar Bina Consultancy Services, Bintang Ria Engineering, JKM Konsortium Sdn Bhd dan Jurutera Konsult Maju Sdn Bhd).

“Ini untuk mengelakkan timbul masalah dengan juruaudit,” katanya lagi.

Semalam, Azli Adam, bekas Naib Presiden Kanan Kewangan dan Perkhidmatan Korporat CZCSB memberitahu mahkamah Zarul mengaku kepadanya rasuah diberikan kepada Guan Eng untuk projek terowong dasar laut.

Azli berkata dokumen palsu, dipanggil “boneka”, digunakan untuk menyamarkan pembayaran tunai yang dibuat oleh syarikat kepada penerima sebenar dan tujuan yang dimaksudkan.

“Selepas penahanan Datuk Zarul oleh SPRM sekitar Januari 2018, beliau membuat pengakuan kepada saya dan Ibrahim Sahari (orang atasan Azli) bahawa bayaran berhubung arahannya untuk memalsukan baucar dan invois bayaran sebelum ini adalah untuk rasuah yang dibayar kepada Lim Guan Eng.

“Pengakuannya kepada saya adalah titik perubahan, meyakinkan saya bahawa pembayaran memang dibuat dari 2012 hingga 2017 selepas Datuk Zarul mengarahkan saya dan Ibrahim menggunakan invois dan baucar bayaran ‘dummy’ untuk memanipulasi jejak akaun syarikat dan menampung pembayaran tunai yang dibuatnya,” katanya dalam kenyataan saksinya.

Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh peguan utama pasukan pembelaan Gobind Singh Deo, Ibrahim bersetuju tidak nampak sendiri dakwaan rasuah itu berlaku.

Gobind: Kamu pada sebarang masa tidak nampak kepada duit ini dibayar?

Ibrahim: Saya setuju.

Guan Eng menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri ketika itu untuk meminta suapan bagi membantu CZCSB mendapatkan projek terowong dasar laut.

Dia didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan yang diperoleh syarikat itu daripada pemiliknya, Zarul.

Dia juga didakwa menerima RM3.3 juta untuk dirinya dan menyebabkan dua bidang tanah milik kerajaan negeri dilupuskan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan projek terowong itu.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok