Kes Ebit Lew: Saksi beritahu polis rampas telefon Firdaus Wong

February 7, 2023 · Isu semasa

Saksi keenam pendakwaan dalam perbicaraan gangguan seksual pendakwah bebas, Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, bahawa telefon bimbit Firdaus Wong, juga seorang pendakwah bebas, telah dirampas oleh polis.

Ketua Unit Siasatan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Hirdawaty Isa berkata beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat Superintendan Noor Asyikin Shamsuri untuk merampas telefon bimbit Firdaus Wong pada jam 2 petang pada 28 September 2021.

“Saya dimaklumkan dia (Firdaus Wong) akan datang ke pejabat D11, Bukit Aman, pada hari tersebut. Sebaik tiba di pejabat D11 sekitar jam 7.05 malam, saya mengarahkan Firdaus Wong menyerahkan telefon bimbitnya.

“Saya kemudian mengeluarkan borang pemeriksaan kepada Firdaus Wong,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria semasa pemeriksaan, hari ini (7 Februari 2023).

Hirdawaty berkata, telefon bimbit yang dirampas adalah iPhone XS Max berwarna putih dengan kad sim Digi.

Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Lew diteruskan di Mahkamah Majistret Tenom sehingga 10 Februari depan.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi hari ini dengan menaiki Toyota Land Cruiser berwarna hitam.

Semasa prosiding pada 21 Disember tahun lalu, Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu sama ada pengadu dalam kes itu, yang identitinya tidak didedahkan, telah menghantar gambar lucah kepada Ebit Lew.

“(Pengadu) tidak pernah beritahu saya. Malah saya tidak tanya pun (pengadu). Ini kali pertama saya melihat gambar itu.

“Saya juga tidak dapat mengesahkan sama ada gambar lucah itu adalah gambar payu dara pengadu atau orang lain,” kata Firdaus ketika menjawab soalan Zahida pada sesi pemeriksaan semula kes itu.

Sementara itu, Majistret Nur Asyrat Zolhani tidak membenarkan permohonan pendakwaan bagi mengambil keterangan secara tertutup menggunakan kamera, dalam perbicaraan itu.

Dalam keputusannya, beliau memaklumkan mahkamah berpendapat tiada sebab untuk mahkamah mendengar perbicaraan menerusi kamera seperti di bawah Seksyen 101 Akta Mahkamah Rendah 1948.

Menerusi keputusan itu, mahkamah tidak membenarkan keterangan dua saksi iaitu pengadu, yang identitinya tidak didedahkan dan Pegawai Analisis Forensik, Inspektor Yip Chang Ching, diambil melalui kamera.

“Kes ini melibatkan jenayah seksual dan bukti dijangka boleh bersifat bahan lucah,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, memohon kebenaran mahkamah untuk mengambil keterangan saksi menggunakan kamera.

Sementara itu, mahkamah turut mengingatkan orang awam supaya tidak mengambil sebarang gambar atau video sepanjang prosiding terbabit berlangsung.

Ebit Lew berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp, yang didakwa berlaku di daerah Tenom, di antara Mac hingga Jun 2021.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok