Kes di Sarawak naik lagi, PKD Langkawi bersiap terima pelancong

September 11, 2021 · Isu semasa

Enam negeri mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Sarawak kekal tertinggi apabila merekodkan 3,743 kes positif – naik tiga hari berturut-turut.

Lima negeri lain yang menunjukkan peningkatan jangkitan ialah Kelantan yang mencatatkan 1,320 kes hari ini berbanding 1,254 kes semalam; Terengganu (953 kes hari ini, 776 semalam); Kuala Lumpur (555 kes hari ini, 467 semalam); Melaka (490 kes hari ini, 485 semalam); dan Putrajaya (24 kes hari ini, 21 semalam).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 19,550 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara, turun sedikit daripada 21,176 yang dicatatkan semalam.

“Sejak wabak Covid-19 mula menular di negara ini pada awal tahun lalu sehingga tengah hari tadi, sebanyak 1,960,500 kes positif telah direkodkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jangkitan baharu di Selangor yang sebelum ini menjadi pusat penularan Covid-19 di negara ini mula merekodkan penurunan kes baharu, apabila dalam tempoh 24 jam itu, merekodkan 2,416 kes baharu berbanding 3,595 kes semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi giat melakukan perancangan rapi bagi memastikan perkhidmatan kesihatan terutamanya langkah pencegahan dan kawalan wabak serta perawatan Covid-19 bersiapsiaga sebaik mungkin.

“Seperti yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan, Pulau Langkawi akan dijadikan projek rintis bagi gelembung pelancongan domestik bermula 16 September 2021,” katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Langkawi hari ini.

Beliau turut mendengar taklimat ringkas daripada PKD Langkawi mengenai situasi terkini pandemik Covid-19 di pulau ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi PKD Langkawi, Hospital Sultanah Maliha dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang giat melakukan perancangan rapi bagi memastikan perkhidmatan kesihatan disediakan dengan lebih baik.

“Unit Promosi Kesihatan PKD Langkawi juga sedang aktif mempromosi pembudayaan norma baharu di kawasan tumpuan awam dan penempatan berisiko tinggi. Selain itu, hebahan awam bergerak dan aktiviti pemerkasaan komuniti dipertingkatkan,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
3 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
10 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
15 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok