Kes di lapan negeri naik semula hari ini, 14 kluster turut dikesan

October 12, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini merekodkan jumlah peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Selangor dan Kelantan mencatat kes empat angka.

Jangkitan di Selangor melonjak sekali ganda berbanding semalam apabila merekodkan 1,302 kes hari ini. Semalam negeri itu mencatat 671 kes.

Angka tidak rasmi berdasarkan laporan setiap Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan, Kelantan mencatat 1,028 jangkitan baharu berbanding 938 kes semalam.

Namun, tidak seperti lazimnya, Kelantan hari ini tidak mencatat apa-apa kluster baharu, terutama membabitkan komuniti.

Sementara itu, enam lagi negeri dan wilayah merekodkan peningkatan. Sabah mencatat 707 kes baharu berbanding 532 semalam diikuti Kedah dengan 517 kes baharu (357 semalam).

Kuala Lumpur pula merekodkan 253 kes baharu berbanding 220 semalam, diikuti Melaka (195 kes baharu, 188 semalam); Perlis (57 kes baharu, 29 semalam); dan Labuan (dua kes baharu, sifar kes semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 14 kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam itu, dengan enam daripadanya membabitkan tempat kerja, komuniti (lima); dua kluster berkaitan pendidikan; dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Kuala Kangsar, Perak melibatkan 13 daripada 16 individu yang disaring.

Katanya daripada enam kluster tempat kerja itu, dua dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang membabitkan 30 kes daripada 300 individu yang disaring.

Selangor, Pahang, Melaka dan Johor pula masing-masing mencatat satu kluster tempat kerja yang keseluruhannya membabitkan 90 jangkitan daripada 462 individu yang disaring.

Sementara itu, Johor pula merekodkan tiga kluster komuniti masing-masing dua di Kulai membabitkan 19 kes daripada 29 individu yang disaring. Satu lagi kluster melibatkan 20 individu daripada 41 yang disaring dilaporkan di Tangkak.

Sarawak dan Selangor turut merekodkan masing-masing satu kluster komuniti membabitkan daerah Lawas seramai 42 individu daripada 78 yang disaring dan Sepang (41 individu daripada 153 yang disaring).

Pada masa sama Dr Noor Hisham berkata, daripada 7,276 jangkitan baharu hari ini 150 kes atau 2.1 peratus terdiri daripada pesakit kategori 3, 4, dan 5, manakala 7,126 kes (97.9 peratus) pesakit kategori 1 dan 2.

Dalam tempoh 24 jam itu juga katanya, 10,555 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,217,057 pesakit pulih sepenuhnya, berbanding 2,353,579 kumulatif kes positif.

Data 12 Oktober 2021.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
4 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
4 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
7 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok