Kes di Langkawi turun mendadak

Jangkitan Covid-19 di seluruh pulau peranginan Langkawi turun mendadak kepada 17 kes hari ini berbanding 33 kes yang dilaporkan semalam.

Angka itu menjadikan keseluruhan jangkitan sejak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu kepada 5,718 kes, dengan 5,136 daripada pesakit telah sembuh.

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi), dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi hanya Mukim Kuah yang mencatatkan peningkatan kes.

Kuah, pusat pentadbiran Daerah Langkawi, hari ini mencatatkan enam kes baharu berbanding empat semalam.

Sehingga hari ini, pulau yang dibuka semula kepada pelancong dalam negara yang lengkap divaksinasi itu merekodkan 509 kes aktif, dan 73 kematian keseluruhan.

Sehingga kini, gelembung pelancongan domestik Langkawi mencatatkan kejayaan sejak dimulakan pada 16 September lalu, dengan lebih 38,748 kedatangan pelancong domestik dan menjana pendapatan RM15.97 juta.

Negara menyasarkan 400,000 pelancong domestik melawat ke Langkawi hingga Disember tahun ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR