Kes di Kedah kembali melonjak, Selangor, KL kekal tertinggi

Sebanyak 17,179 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kepada 1,078,646 kes sejak wabak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu.

Walaupun mencatatkan penurunan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal merekodkan kes tertinggi.

Selangor mencatatkan 7,163 kes hari ini berbanding 7,171 kes semalam, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 2,138 kes berbanding 2,880 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, sembilan negeri merekodkan peningkatan kes dengan jangkitan di Kedah kembali naik kepada 1,212 kes berbanding 1,112 kes semalam dan 1,000 kes pada Selasa.

Data 29 Julai 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR