Kes di 13 negeri melonjak hari ini, Selangor kembali catat empat digit

January 26, 2022 · Isu semasa

Hanya tiga negeri sahaja hari ini yang mencatat penurunan kes harian baharu, berbanding semalam, manakala 13 yang lain merekodkan peningkatan dengan kes di Selangor kembali melepasi tiga digit.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam tadi, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan merekodkan penurunan jangkitan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, berbanding semalam.

Jangkitan di Selangor hari ini naik sebanyak 343 kes iaitu daripada 975 yang direkodkan semalam kepada 1,318 kes hari ini, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 808,941 kes.

Namun, sehingga semalam seramai 785,888 pesakit telah sembuh dan 11,687 kes masih aktif. Negeri itu juga merekodkan 10,048 kes kematian sejak awal penularan Covid-19 pada 2020 lalu.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 10,528 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 489 ditempatkan di PKRC; 645 dimasukkan ke hospital dan 25 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 41 daripada 1,334 kluster yang dikesan di negeri itu juga masih aktif, dengan 19 daripadanya melibatkan tempat kerja, diikuti pendidikan (13), komuniti (enam), dan kumpulan berisiko tinggi (tiga).

Sehingga semalam, seramai 4,785,825 atau 94.6 peratus populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, 4,851,472 atau 95.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,772,698 atau 49.9 peratus lagi menerima dos penggalak.

Statistik juga menunjukkan, jangkitan Covid-19 di Johor melonjak daripada 567 kes semalam kepada 700 kes dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Johor akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Bagaimanapun, sehingga semalam terdapat 9,170 kes yang masih aktif.

Setakat ini, negeri itu merekodkan 255,728 kes positif, dengan sehingga semalam sebanyak 241,952 pesakit sembuh dan 3,906 pesakit meninggal dunia.

Manakala bagi negeri-negeri lain, Kedah mencatat 455 kes baharu berbanding 367 semalam; diikuti Kuala Lumpur (390 kes baharu, 378 semalam); Sabah (335 kes baharu, 314 semalam); dan Negeri Sembilan (311 kes baharu, 201 semalam).

Pahang pula mencatat 256 kes baharu berbanding 194 semalam; diikuti Perak (148 kes baharu, 126 semalam); Terengganu (69 kes baharu, 59 semalam); Putrajaya (38 kes baharu, 34 semalam); Perlis (17 kes baharu, lapan semalam); Sarawak (13 kes baharu, 10 semalam); dan Labuan (satu kes baharu, sifar kes semalam).

Setakat ini, negara merekodkan 2,844,969 kumulatif kes positif dengan 2,766,254 pesakit telah sembuh dan 31,918 kes kematian, serta 45,699 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 38,545 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,188 ditempatkan di PKRC; 2,835 dimasukkan ke hospital; dan 131 pesakit dirawat di ICU, dengan 65 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok