Kes dera OKU Rumah Bonda, pendakwaan serah 21 dokumen

October 4, 2021 · Isu semasa

Pihak pendakwaan menyerahkan 21 dokumen kepada pasukan pembelaan bagi kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias ketika sebutan kes tersebut hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.

“Penyerahan dokumen dibuat pagi ini kepada pihak pembelaan, namun terdapat beberapa dokumen masih belum disempurnakan termasuk laporan perubatan dan laporan psikiatri mangsa.

“Oleh itu, pihak kami memohon satu tarikh sebutan baharu pada penghujung November ini,” kata Noor Shakira lapor Bernama.

Peguam M. Yalini yang mewakili Siti Bainun mengesahkan pihaknya menerima 21 dokumen itu hari ini.

“Pihak kami tidak membantah tarikh untuk pengurusan kes seterusnya ditetapkan bagi melengkapkan dokumen, sebelum mahkamah menetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Nov ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah mengabaikan mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 19 Okt
18 jam lalu· Isu semasa
Pemilik syarikat didakwa terima RM1.1 juta dalam tender notis saman PDRM
18 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022· Isu semasa
Rayuan kes SRC Najib: Usul masuk bukti tambahan dibenarkan mahkamah
August 15, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
1 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
13 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
13 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok