Kes denggi di Kedah naik 143.8%

June 14, 2022 · Isu semasa

Kes denggi di Kedah meningkat sebanyak 143.8 peratus sehingga 11 Jun lepas apabila merekodkan 490 kes, berbanding 201 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata satu kematian dicatatkan akibat denggi setakat ini manakala bilangan wabak meningkat kepada 55 kes berbanding hanya lapan bagi tempoh sama pada 2021.

“Daripada jumlah wabak yang dilaporkan ini terdapat tiga ‘hotspot’ yang telah berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif manakala 44 wabak lagi telah tamat.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis telah diperiksa dan 2,887 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM1.3 juta kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Othman berkata aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.

“Antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan akan dijalankan untuk setiap kes tunggal atau wabak.

“Bagi mengekang denggi dari terus merebak, masyarakat perlu membersihkan kawasan persekitaran dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes, menggunakan semburan aerosol, menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik, menggunakan repelan serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit sendi teruk dan ruam,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Satu daripada 9 wanita hidap kanser
June 21, 2022· Isu semasa
Malaysia belum bercadang tutup sempadan cegah penularan cacar monyet
May 28, 2022· Isu semasa
Dua pembantu kesihatan direman bantu kes rasuah pengurusan jenazah
May 27, 2022· Isu semasa
PATI cuba masuk sempadan semasa perayaan, kata polis
April 29, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
31 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
41 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
42 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
46 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
51 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok