Kes Covid naik: Kerajaan tak cadang tutup sektor ekonomi, kata PM

July 11, 2022 · Isu semasa

Kerajaan tidak bercadang untuk menutup semula sektor ekonomi walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah kes Covid-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kehidupan akan berjalan seperti biasa, tetapi kita perlu mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri dan keluarga kita, termasuk mendapatkan dos penggalak terhadap Covid-19,” katanya menurut Bernama.

Beliau menasihatkan kira-kira tujuh juta penduduk Malaysia yang belum mengambil suntikan dos penggalak vaksin agar segera berbuat demikian susulan lonjakan kes baharu ketika ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun dos penggalak tidak diwajibkan, pengambilannya akan dapat memastikan perlindungan lebih baik daripada jangkitan virus berbahaya itu, terutama dengan kemunculan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti.

Ismail Sabri berkata rakyat juga dinasihatkan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun banyak kelonggaran telah diberikan sejak negara memasuki fasa peralihan kepada endemik pada 1 April lalu.

“…ini termasuk tidak perlu memakai pelitup muka dalam suasana luar, tetapi kita masih boleh mengambil inisiatif sendiri untuk melindungi diri, terutama ketika berada di kawasan sesak,” katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program Korban Perdana dan menyaksikan ibadah korban sempena Aidiladha di Masjid Darul Fikri di Bera pada Isnin (11 Julai).

Mengenai program Korban Perdana, beliau berkata sudah menjadi tradisi bagi kawasannya mengadakan program itu dan pada tahun ini sebanyak 79 ekor lembu telah diagihkan bagi tujuan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) jangkitan baharu Covid-19 pada Hari Raya Korban semalam (Ahad, 10 Julai 2022) meningkat berbanding 2,799 kes yang direkodkan pada Sabtu, apabila mencatat 3,264 kes.

Penerima dos penggalak vaksin Covid-19 terus menjadi penyumbang utama kepada jangkitan harian, apabila mencatat sebanyak 2,431 kes daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu.

Ini diikuti dengan 554 kes melibatkan individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin, 256 kes (individu tidak divaksinasi), dan 23 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Angka jangkitan terbaru itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 4,595,974 kes, dengan 4,524,281 pesakit telah sembuh, termasuk 2,703 pesakit yang pulih semalam.

Berita berkaitan
Penyertaan wanita dalam politik, ekonomi masih rendah
22 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022· Politik
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
August 14, 2022· Politik
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,516 kes semalam, 15 kematian
44 minit lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
45 minit lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
11 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mungkin perlu keluar wang tambahan untuk siapkan kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok