Kes Covid melonjak melepasi 5,000, tertinggi sejak 23 April, 8 kematian

July 16, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 15 Julai 2022) melonjak melepasi 5,000 kes, tertinggi sejak kali terakhir negara merekodkan 5,624 kes pada 24 April lalu.

Semalam, sebanyak 5,230 jangkitan baharu dilaporkan, meningkat berbanding 4,098 kes yang dicatat pada Khamis, menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini.

Selangor dan Kuala Lumpur kembali mencatat jumlah kes tertinggi dengan masing-masing sebanyak 1,877 kes dan 1,584 kes.

Apa yang membimbangkan ialah daripada jumlah jangkitan itu, penerima dos penggalak vaksin Covid-19 terus menjadi penyumbang tertinggi kes baharu dengan merekodkan 3,919 kes.

Ini diikuti dengan 926 kes melibatkan individu yang telah menerima dua dos vaksin; 351 kes (individu tidak divaksinasi); dan 34 kes (Individu yang belum lengkap divaksinasi).

Kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,613,998 kes, dengan 4,536,946 pesakit telah sembuh, termasuk 2,927 yang pulih semalam.

Setakat ini, sebanyak 41,208 kes masih aktif, meningkat daripada 38,913 kes yang dicatat pada Khamis, dengan 39,703 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (37,495 pada Khamis).

Seramai 30 pesakit kini ditempatkan di PKRC berbanding 26 pada Khamis; manakala 1,411 pesakit dirawat di hospital (1,339 pada Khamis); dan 64 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (53 pada Khamis), termasuk 44 yang memerlukan bantuan alat pernafasan (35 pada Khamis).

Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,877 (1,405,724);
  • Johor – 107 (387,139);
  • Kuala Lumpur – 1,584 (385,700);
  • Sabah – 261 (377,632);
  • Sarawak – 68 (308,625);
  • Kedah – 76 (302,539);
  • Pulau Pinang – 219 (287,320);
  • Kelantan – 48 (248,753);
  • Perak – 399 (210,485);
  • Negeri Sembilan – 236 (210,238);
  • Pahang – 70 (173,166);
  • Melaka – 140 (127,369);
  • Terengganu – 23 (126,915);
  • Putrajaya – 102 (22,040);
  • Labuan – 12 (21,630); dan
  • Perlis – 8 (17,723).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,844 kes, termasuk 7,601 kes BID.

Kes kematian itu melibatkan tiga di Selangor; Melaka (dua); dan masing-masing satu di Perak, Sabah, dan Terengganu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
3 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
3 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
6 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
8 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok