Kes Covid hari ini turun lagi

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam hari ini (Sabtu, 30 April 2022), terus turun berbanding yang dicatat pada Jumaat.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,107 jangkitan baharu dikesan, turun 472 kes berbanding 2,579 yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari lalu hingga hari ini meningkat kepada 4,448,004 kes.

Sehingga Jumaat, 4,360,061 pesakit telah sembuh, 35,542 kematian dilaporkan dan 50,294 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu Seramai 48,924 pesakit Covid-19 kini menjalani kuarantin di rumah; 34 ditempatkan di PKRC; 1,258 dimasukkan ke hospital; dan 78 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri yang dikeluarkan malam ini menunjukkan enam negeri mencatat peningkatan jangkitan hari ini, namun nisbah kenaikan adalah kecil.

Berikut adalah kes harian dan kumulatif positif bagi negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini.

  • Selangor – 1,040 (1,339,627);
  • Johor – 111 (382,207);
  • Sabah – 48 (370,760);
  • Kuala Lumpur – 191 (348,146);
  • Sarawak – 66 (305,318);
  • Kedah – 43 (298,593);
  • Pulau Pinang – 146 (277,355);
  • Kelantan – 15 (247,352);
  • Negeri Sembilan – 120 (201,581);
  • Perak – 123 (200,688);
  • Pahang – 61 (170,801);
  • Terengganu – 22 (125,675);
  • Melaka – 91 (121,913);
  • Labuan – 0 (21,303);
  • Putrajaya – 26 (19,410); dan
  • Perlis – 4 (17,273).

Maklumat lengkap termasuk kes kematian hari ini akan dikemas kini pagi esok.

BERITA BERKAIT
POPULAR