Kes Covid hari ini kekal bawah 10,000

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara sehingga tengah hari tadi (Rabu, 20 April 2022) kekal di bawah 10,000 walaupun meningkat 899 kes berbanding semalam.

Dalam tempoh itu sebanyak 6,968 jangkitan baharu dilaporkan, tinggi sedikit daripada 6,069 kes yang dicatat semalam.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada Januari 2020 hingga hari ini sebanyak 4,409,202 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Berdasarkan maklumat Jabatan Kesihatan, lapan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan hari ini, iaitu Selangor, Perak, Johor, Kedah, Sabah, Putrajaya, Perlis dan Labuan.

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif bagi semua negeri dan Wilayah Persekutuan setakat hari ini:

  • Selangor – 4,651 (1,318,085);
  • Johor – 186 (380,942);
  • Sabah – 83 (370,132);
  • Kuala Lumpur – 458 (343,469);
  • Sarawak – 139 (304,281);
  • Kedah – 143 (297,680);
  • Pulau Pinang – 204 (275,534);
  • Kelantan – 42 (247,112);
  • Negeri Sembilan – 379 (199,492);
  • Perak – 310 (198,691);
  • Pahang – 67 (170,202);
  • Terengganu – 50 (125,360);
  • Melaka – 186 (120,938);
  • Labuan – 6 (21,251);
  • Putrajaya – 51 (18,844); dan
  • Perlis – 13 (17,189).

Maklumat lanjut akan dikemas kini selepas tengah malam ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR