Kes Covid-19 menurun, sebanyak 7,373 kes jangkitan baharu

October 10, 2021 · Isu semasa

Kes harian Covid-19 menurun hari ini dengan sebanyak 7,373 jangkitan baharu direkodkan Kemenerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,339,594 kes.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 7,240 kes berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima.

“Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengenai lapan kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham, berkata ia membabitkan lima dalam kalangan komuniti manakala masing-masing satu kluster di tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif, 810 kluster.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 10,595 kes sembuh yang menjadikan jumlah pesakit pulih sepenuhnya, 2,195,669 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Keputusan permohonan MP Labuan batal pertuduhan kes rasuah 11 Ogos
August 4, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok