Kes Covid-19 lapan negeri naik, jangkitan di Selangor melonjak

January 5, 2022 · Isu semasa

Lapan negeri merekodkan peningkatan jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, seiring dengan lonjakan kes peringkat nasional daripada 2,842 kes semalam kepada 3,270 kes hari ini.

Setelah mencatat penurunan kes lima hari berturut-turut bermula 31 Disember 2021 lalu dengan catatan 949 kes, berbanding 965 kes sehari sebelumnya, Selangor hari ini kembali merekodkan peningkatan jangkitan.

Dalam tempoh 24 jam itu, Selangor mencatat 908 kes baharu, bertambah sebanyak 394 kes, berbanding 514 semalam, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal 2020 lalu sehingga hari ini sebanyak 790,245 kes. Sehingga semalam, seramai 769,151 pesakit Covid-19 di negeri itu sembuh, 9,978 kes kematian, dan 10,208 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 8,893 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 446 ditempatkan di PKRC; 838 dimasukkan ke hospital; dan 31 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam seramai 4,770,212 individu atau 94.3 peratus daripada populasi di Selangor yang layak divaksin, telah melengkapkan suntikan dos masing-masing.

Sebanyak 95.6 peratus atau 4,841,363 populasi lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,557,881 individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain yang turut mencatat peningkatan kes baharu hari ini, Johor merekodkan 344 kes berbanding 284 kes semalam, diikuti Sabah (280 kes baharu, 258 semalam); dan Kuala Lumpur (245 kes baharu, 206 semalam).

Pahang pula mencatat 153 kes baharu berbanding 146 semalam; Perak (122 kes baharu, 101 semalam); Sarawak (47 kes baharu, 24 semalam); dan Labuan (15 kes baharu, lima semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 252 kes import baharu yang turut membabitkan 30 rakyat asing turut dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan kumulatifnya sebanyak 9,864 kes.

Daripada 3,270 kes baharu hari ini, 3,018 kes adalah penularan tempatan yang turut membabitkan 102 bukan warganegara Malaysia,” katanya.

Menurutnya seramai 3,195 pesakit disahkan sembuh hari ini menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 2,701,808 kes atau 97.4 peratus daripada 2,773,156 kumulatif kes positif.

“Seramai 257 pesakit kini dirawat di ICU dengan 137 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Empat lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 6,143 kluster dengan 5,948 telah ditamatkan dan 195 lagi masih aktif.

“Daripada 3,270 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 69 kes atau 2.1 peratus adalah kategori 3, 4, serta 5, dan 3,201 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Mengenai banjir, Dr Noor Hisham berkata jumlah mangsa banjir positif Covid-19 kekal pada 465 kes, dengan 15 kes di pusat pemindahan sementara, dan satu kluster.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Skandal LCS: Duit hangus kapal tak sampai, kata Fahmi kepada Najib
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
9 jam lalu · Isu semasa
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
9 jam lalu · Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
9 jam lalu · Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok