Kes Covid-19 di Langkawi melonjak semula

October 8, 2021 · Isu semasa

Kes baharu Covid-19 di Langkawi melonjak semula susulan 62 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, berbanding 33 kes yang direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Tiga mukim mencatat peningkatan kes dengan Mukim Bohor merekodkan lonjakan jangkitan baharu sebanyak 23 kes berbanding lima yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Pusat pentadbiran daerah Langkawi, Kuah, pula merekodkan 19 kes baharu berbanding empat semalam, dan Padang Matsirat mencatat enam kes hari ini berbanding empat semalam.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNKedah), menunjukkan 773 kes aktif direkodkan di Langkawi sehingga hari ini, dengan tertinggi dicatatkan di Kuah sebanyak 204 kes.

Kerajaan kini merancang membuka pulau peranginan itu kepada pelancong antarabangsa tidak lama lagi, susulan kejayaan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik yang bermula 16 September lalu.

“Malaysia kini sedang bersiap untuk membuka Langkawi kepada pelancong antarabangsa tidak lama lagi selepas kejayaan gelembung pelancongan domestik Langkawi,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, semalam.

Menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan syarat ketat kepada pelancong tempatan yang hendak melawat pulau berkenaan.

Semua pelancong diwajibkan menjalani ujian saringan sebelum berlepas ke Langkawi sama ada menggunakan pesawat atau feri, dan ianya khusus kepada individu yang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Sehingga kini, hanya satu kes membabitkan pelancong yang disahkan positif di pulau itu. Ia melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang melancong bersama ibu bapanya.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada jangkitan itu berlaku di Langkawi atau di negeri lain kerana kanak-kanak itu tidak menjalani ujian saringan sebelum masuk ke pulau itu.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
14 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok