[KEMAS KINI] Covid-19 di empat negeri naik, 64 kematian semalam

October 10, 2021 · Isu semasa

Sarawak, Pulau Pinang, Putrajaya dan Labuan hari ini mencatatkan peningkatan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, sementara 64 kematian turut direkodkan.

Menurut laporan sebelum ini Malaysia merekodkan 7,373 kes baharu dalam tempoh 24 jam itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 2,339,594 ke, manakala kematian pula meningkat kepada 27,328 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW yang dikemas kini tengah malam tadi memaklumkan Sarawak merekodkan peningkatan jangkitan daripada 1,126 kes yang dicatatkan pada Sabtu kepada 1,132 kes semalam, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Dalam tempoh sama, Pulau Pinang turut merekodkan peningkatan jangkitan baharu apabila mencatatkan 542 kes berbanding 537 kes Sabtu, diikuti Putrajaya (31 kes baharu, 23 kes Sabtu); dan Labuan (dua kes baharu, satu kes Sabtu).

Sementara itu, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi kes kematian apabila merekodkan 14 kes dalam tempoh 24 jam itu semalam diikuti, Selangor dengan 11 kematian; Johor (sembilan); masing-masing tujuh di Perak dan Sabah; Kedah (lima); dan masing-masing tiga kematian di Sarawak dan Terengganu.

Pahang pula merekodkan dua kematian dan masing-masing satu kes di Melaka, Perlis, dan Pulau Pinang. Tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,240 pesakit adalah dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan, manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima.

“Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
Kenapa kerajaan BN, UMNO bayar RM6 bilion walaupun kapal tak diserah?
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
8 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
9 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok