
Kes jangkitan baharu Covid-19.
Sebanyak 1,054 kes jangkitan baharu Covid-19 dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam dengan kes keseluruhan sekarang mencecah 4,452,835 kes sejak 25 Januari 2020 sehingga kini.
Dalam pada itu, KKM juga merekodkan tiga kes kematian baharu Covid-19 masing-masing dua kes di Selangor dan satu kes di Perak semalam, menjadikan jumlah kes kematian kini sebanyak 35,567 kes.
Data dalam laman sesawang CovidNOW menunjukkan, setakat tengah malam tadi juga sebanyak 28,778 kes aktif direkodkan.
Sebanyak 27,361 kes menjalani isolasi di rumah, seramai 14 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,328 menjalani rawatan di hospital.
Seramai 33 pesakit kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 41 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 4,107 kes sembuh dilaporkan, menyumbang kepada sejumlah 4,388,491 kes pulih sepenuhnya dari Covid-19.