Kes Covid-19 baharu 3,780, Selangor masih catat kes tertinggi

Statistik kes Covid-19 16 Mei 2021.

Sebanyak 3,780 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, sedikit penurunan berbanding semalam sebanyak 4,140 kes.

Dalam hantaran di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata dalam tempoh itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,275 kes diikuti Sarawak (405) dan Kedah (363).

Kelantan merekodkan 357 kes diikuti Kuala Lumpur (342); Johor (224); Pulau Pinang (187); Pahang (159); Melaka (122); Perak (115); Sabah (87); Negeri Sembilan (70); Terengganu (58); Putrajaya dan Labuan masing-masing tujuh kes serta Perlis mencatatkan dua kes.

Tambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia kini 470,110 kes.

POPULAR