Kes covid-19 akan naik mendadak sama seperti di Singapura: Khairy

February 5, 2022 · Isu semasa

Sama dengan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 di Singapura, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata negara juga bakal berdepan keadaan sama dalam peningkatan kes baharu virus tersebut.

Menteri Kesihatan itu memberi gambaran sama yang akan berlaku di Malaysia sebagaimana di Singapura apabila negara republik itu mencatatkan 4,297 kes baharu pada 3 Februari lalu tetapi jumlah itu naik sehingga ke 13,208 kes semalam.

“Kes kita juga akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

“Gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti. Setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta. Kekal berwaspada. Dapatkan dos penggalak,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitternya hari ini.

Semalam, jumlah terbaru kes Covid-19 melonjak dengan ketara apabila mencatatkan 7,234 kes, meningkat dengan mendadak berbanding 5,720 kes pada 3 Februari.

Ini pertama kali jumlah kes Covid-19 melepasi 7,000 kes selepas kali terakhir jumlah itu dicatatkan pada Oktober tahun lalu.

Terbaharu, kes jangkitan baharu negara hari ini juga mencatatkan peningkatan berbanding kes semalam dengan melebihi lebih 9,000 kes baharu dicatatkan.

Berita berkaitan
UMNO Alor Setar tawar kerusi kepada Khairy bertanding PRU-15
September 24, 2022· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
7 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok