Kes bunuh diri meningkat 81 peratus pada 2021: Menteri Kesihatan

September 10, 2022 · Isu semasa

Kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 631 kes pada 2020, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, hari ini (10 September 2022).

Jumlah itu adalah berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang turut melaporkan 467 kes bunuh diri dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, katanya.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus komited mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri serta menghapuskan stigma terhadap tingkah laku itu.

“Dengan usaha itu, kita berharap individu yang terkesan akan mendapat bantuan dan sokongan, seterusnya dapat menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri.

“Faktor penyumbang tingkah laku bunuh diri ini adalah pelbagai dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan merangkumi kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan, penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2022, hari ini.

Beliau berkata, tema tahun ini adalah ‘Let’s TALK Minda Sihat: Bertindak Segera, Harapan Terbina’, yang menumpukan pada peranan masyarakat untuk mencegah tingkah laku bunuh diri dan membantu menambah baik kualiti hidup individu yang terkesan.

Khairy turut berkongsi data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang melaporkan lebih daripada 703,000 kematian akibat bunuh diri dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia, atau purata satu kematian bagi setiap 40 saat.

“Bunuh diri adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berusia 15 tahun hingga 29 tahun.

“Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 135 ahli keluarga atau rakan akan terkesan serta mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi.

“Tindakan segera secara bersama amat penting di setiap peringkat bagi menangani tingkah laku bunuh diri, membabitkan individu, keluarga, komuniti, pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, ahli politik, semua agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Khairy berkata, KKM proaktif menangani isu tingkah laku bunuh diri, melalui Pelaksanaan Usaha Dekriminalisasi Cubaan Bunuh Diri bagi menggalakkan mereka yang terkesan tampil mendapatkan bantuan.

“Inisiatif lain adalah Pembangunan Sistem Registri Bunuh Diri dan Kematian Fatal Kebangsaan (NSFIRM), yang dijangka akan beroperasi pada tahun depan. Sistem ini membolehkan statistik terperinci dan tepat berkaitan kejadian bunuh diri diperoleh yang membolehkan usaha pencegahan secara bersasar dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, KKM juga melaksanakan sesi libat urus dengan pihak PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam pelaksanaan Latihan Pencegahan Bunuh Diri kepada first responders (orang pertama) bagi meningkatkan kemahiran pengendalian kes tingkah laku bunuh diri.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan, KKM bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkasakan Program Minda Sihat Sekolah, yang mana antara lain merujuk pelajar yang dikenal pasti mengalami masalah kemurungan dan tingkah laku bunuh diri ke fasiliti kesihatan untuk rawatan.

“KKM juga menjalankan kempen advokasi Kempen Let’s TALK Minda Sihat kepada kumpulan sasar, secara menyeluruh merentas agensi dan secara bersepadu, termasuk membabitkan media massa, media sosial dan pihak berkepentingan.

“KKM juga mengambil inisiatif untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) iaitu pusat yang menempatkan perkhidmatan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Berita berkaitan
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023· Isu semasa
Tak selesai masalah, Dr Noor Hisham ulas isu mogok doktor kontrak
March 29, 2023· Isu semasa
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok