Kes bunuh CEO Cradle Fund: Peguam, jurugambar bergelut

June 21, 2022 · Isu semasa

Pergelutan berlaku antara peguam dan jurugambar yang membuat liputan mengenai kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan di pintu masuk ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini (21 Jun).

Wartawan yang membuat liputan kes itu terganggu seketika apabila peguam, S Suresh, yang mewakili tertuduh juvana, dipukul di kepala oleh seorang jurugambar.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan siapa yang menjadi puncanya.

Tetapi menurut The Star, Suresh dilihat cuba melepasi kerumunan jurugambar sebelum emosi memuncak dan peguam itu dipukul di dahi oleh kamera.

Kata-kata makian kemudian dilemparkan apabila beberapa jurugambar cuba memisahkan pergaduhan.

Jurugambar terbabit didengar mencabar peguam itu membuat laporan polis berhubung serangan itu.

Suresh kemudiannya dilihat berjalan menuju ke tangga sambil mengelap dahinya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam akan memutuskan hari ini jika balu Nazrin, Samirah Muzaffar dan dua remaja akan dibebaskan atau diarah membela diri di mahkamah atas kes pembunuhan itu..

Remaja berkenaan dan ahli keluarga mereka telah tiba di mahkamah seawal jam 7.30 pagi untuk menempah bangku di bilik mahkamah, dan wartawan yang tidak berjaya mendapatkan tempat duduk terpaksa menuju ke sebuah lagi bilik media khas dua tingkat di atas bilik mahkamah.

Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, yakni mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah, 47, dan dua remaja maka mereka akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan adalah sebaliknya, ketiga-tiga tertuduh itu akan dilepas dan dibebaskan.

Pada 22 April lepas, Hakim Ab Karim menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, walau bagaimanapun, tarikh itu ditunda kepada hari ini.

Pasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Pada 14 Feb lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.

Perbicaraan tersebut bermula pada 6 September 2019.

Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Berita berkaitan
Pengundi dihalang mengundi semasa PRN Johor dibenar cabar SPR
June 22, 2022· Isu semasa
Hakim sukarela tarik diri dengar permohonan QC Britain wakili Najib
June 16, 2022· Isu semasa
Sekutu Jho Low, Eric Tan diisytihar bankrap gagal bayar cukai
June 14, 2022· Isu semasa
Polis minta saksi kemalangan maut di NKVE tampil
June 11, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
15 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
24 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
25 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
29 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
35 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok