Kes Bung Moktar, Zizie tangguh: Peguam positif Covid-19

February 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad setelah seorang peguam yang mewakili Zizie Izette disahkan positif Covid-19.

Peguam Ridha Abdah Subri yang hadir bagi pihak Bung Moktar dan Zizie Izette memberitahu Hakim Rozina Ayob bahawa peguam itu yang mewakili tertuduh kedua (Zizie Izette) telah disahkan positif pada 20 Februari dan dikuarantin hingga 26 Februari ini, lapor Bernama.

“Seorang lagi peguam yang mewakili Zizie Izette iaitu Datuk K.Kumaraendran dan M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar adalah kontak rapat kepada peguam berkenaan serta kedua-dua peguam itu turut dikuarantin,” kata Ridha Abdah.

Pasangan suami isteri itu hadir pada prosiding hari ini.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan pendakwaan untuk menyoal balas seorang saksi utamanya, Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, yang juga saksi pendakwaan ke-25 dalam perbicaraan kes rasuah berkenaan.

Rozina kemudian menetapkan 3 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 154 Akta Keterangan 1950.

Prosiding itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette, atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Berita berkaitan
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
7 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Hakim baharu akan dengar saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
6 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
15 minit lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
28 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok