Kes Bung Moktar, isteri: Mahkamah tolak maklumat diperoleh SPRM

May 9, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan maklumat yang diperoleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sumber yang tidak diketahui, tidak boleh dikemukakan pada perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Maklumat itu diperoleh Penguasa Kanan Mohd Haris Ibrahim daripada salah seorang pegawai atasannya yang membawa kepada siasatan terhadap Bung Moktar dan isterinya, Datin Seri Zizie Izzette A Samad.

Memetik laporan Utusan, Hakim Rozina Ayob ketika membenarkan bantahan awal pihak pembelaan berpuas hati bahawa maklumat itu tidak boleh dianggap sebagai laporan maklumat pertama (FIR) kerana ia tidak mematuhi peruntukan Akta SPRM 2009.

Mohd Haris, 42, yang merupakan saksi terakhir pendakwaan ketika memberi keterangan pada 12 April lalu menyatakan, pada 9 Jun 2016 beliau menerima arahan daripada pegawai atasan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menulis aduan berkaitan satu kes.

Maklumat itu bagaimanapun dibantah oleh pihak pembelaan atas alasan ia bersifat dengar cakap (hearsay) dan boleh memprejudiskan Bung Moktar yang kini dibicarakan atas pertuduhan rasuah manakala isterinya didakwa bersubahat.

Pada perbicaraan lalu, pihak pembelaan berhujah, aduan tersebut tidak boleh dianggap sebagai FIR kerana ia dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pegawai atasan selaku pihak ketiga, bukan daripada pemberi maklumat.

Oleh yang demikian, peguam Datuk K Kumaraendran berhujah, pihak pendakwaan cuba menggunakan ‘pintu belakang’ agar laporan itu diterima masuk oleh mahkamah sebagai keterangan walhal tiada pihak yang tampil membuat aduan.

Peguam M M Athimulan pula berhujah, laporan itu tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan kerana tiada seorang pun membuat laporan kepada mana-mana pegawai SPRM.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How berhujah, aduan yang diterima daripada pegawai atasan itu dikategorikan sebagai FIR bagi membolehkan siasatan dimulakan dan pasukan siasatan tidak bergantung pada laporan itu semata-mata ketika menjalankan siasatan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria pula berhujah, SPRM mempunyai tatacara khusus yang memberi kuasa istimewa untuk menyiasat aduan dan maklumat yang diterima daripada pemberi maklumat.

Katanya mahkamah tidak boleh menyamakan tatacara tersebut dengan siasatan kes-kes lain kerana SPRM melindungi pemberi maklumat.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500.

Rasuah itu sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh yang sama.

Berita berkaitan
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
10 jam lalu· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok