Kes buli: Polis tahan enam suspek, MRSM gantung pelajar terbabit

December 11, 2021 · Isu semasa

Polis Perak telah menahan enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar semalam berkaitan siasatan terhadap kes buli yang tular dalam media sosial kelmarin.

Dua daripada pelajar terbabit ditahan ketika datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar malam tadi, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

“Dua lagi pelajar ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, malam tadi.

“Setakat ini, enam pelajar telah ditahan dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan empat pelajar yang menjadi suspek utama insiden buli terhadap seorang pelajar lain, setelah video mengenainya tular di media sosial.

Sebelum ini beliau berkata empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas selesai memberi keterangan di IPD Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam tadi.

Kesemua mereka ditahan untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin, membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.

Polis turut menerima satu laporan berkaitan kejadian itu daripada pengetua MRSM terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi susulan tular video kejadian berkenaan hingga mendapat perhatian meluas orang ramai.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan enam pelajar MRSM) terbabit digantung persekolahan serta-merta selama dua minggu.

Menurutnya, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) juga telah mengemukakan cadangan bagi menamatkan pengajian keenam-enam pelajar berkenaan di institusi terbabit.

Beliau berkata, menerusi laporan yang diterima, enam pelajar didapati terlibat dalam memukul mangsa, manakala empat lagi pelajar berada di lokasi kejadian selain didapati bersubahat dan telah melakukan provokasi.

Mahdzir berkata JDM telah memanggil 10 pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 terbabit untuk menyiasat kejadian berkenaan.

“JDM telah mencadangkan supayapelajar ini digantung persekolahan selama dua minggu dan dicadangkan amatkan pengajian di MRSM,” katanya

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok