Kes bergejala serius indikator baharu peralihan fasa dalam PPN

August 5, 2021 · Isu semasa

Pelan Pemulihan Negara daripada Fasa Satu kepada Fasa Dua dan Tiga akan menggunakan indikator baharu berdasarkan kepada kes-kes bergejala serius, kata Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ia akan menggunakan proksi kes kemasukan baharu ke hospital untuk Covid-19 yang disesuaikan untuk kategori 3, 4 dan 5, katanya alam Laporan Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) ke-64, hari ini.

“Setelah mencapai kadar vaksinasi 40 peratus penduduk dewasa dan ke atas, bilangan kes baharu Covid-19 menjadi kurang relevan kerana kebanyakan kes adalah kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan (Kategori 1 dan 2), sekali gus mengurangkan beban terhadap infrastruktur kesihatan awam.

“Bagaimanapun, indikator kadar vaksinasi serta kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) masih dikekalkan,” katanya d

Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan data dan sains, kadar vaksinasi penduduk yang tinggi membantu mengurangkan kes bergejala serius.

Pemerhatian ini, katanya selaras bukan sahaja dengan pengalaman antarabangsa tetapi juga untuk Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata selaras dengan perubahan nilai ambang untuk peralihan ke Fasa Dua dan Fasa Tiga, Perlis, Sarawak dan Labuan dilihat memenuhi nilai ambang yang ditetapkan dan berjaya melangkah ke Fasa Tiga.

“Perlis sudahpun menepati kesemua nilai ambang sebelum ini untuk beralih ke Fasa Tiga, manakala Sarawak telahpun mencapai kadar vaksinasi 63.7 peratus penduduk dewasa, melepasi nilai ambang bagi Fasa Empat untuk indikator ini iaitu 60 peratus.

“Walaupun jumlah kes Covid-19 di Sarawak melebihi 300 sehari, tetapi bilangan kes setiap hari yang dikenal pasti kategori 3, 4 dan 5 kurang daripada 10 kes atau dua peratus daripada kes yang dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata situasi di Labuan merupakan satu kejayaan, kerana walaupun pernah mengalami keadaan ‘tenat’ dengan penularan tak terkawal, namun hasil gerakan vaksinasi secara besar-besaran, kes baharu serta kes di ICU jatuh dengan ketara.

“Selaras dengan pengalaman Sarawak, Labuan juga menunjukkan penurunan kes baru secara keseluruhan dan kejatuhan ketara kes di ICU yang sangat rendah seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk,” katanya.

Berita berkaitan
Zafrul dilantik Bendahari UMNO Selangor
April 12, 2023· Politik
Pelaburan langsung ke luar negara tahun lepas naik kepada RM602.1 bilion: MITI
March 1, 2023· Isu semasa
Tak boleh buat kesimpulan yang dipanggil jadi saksi atau suspek, kata Azam
February 20, 2023· Isu semasa
Dipanggil beri kenyataan bukan sebagai suspek, Tengku Zafrul mungkin juga dipanggil
February 18, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok