Kes Bella: Hakim nasihat pendakwa, pembela kongsi maklumat

June 16, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menasihatkan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang dituduh mengabai dan menganiaya Bella, remaja perempuan sindrom down, agar bekerjasama dalam berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.

Hakim Izralizam Sanusi yang mendengar perbicaraan kes itu berkata perkara berkaitan penyelarasan saksi adalah proses biasa dalam pengendalian di mahkamah.

“Sebagaimana kita semua maklum pemilihan saksi-saksi ditawarkan oleh pihak pendakwaan adalah atas budi bicara pihak pendakwaan, bila-bila pihak pendakwaan boleh menyusun (saksi) yang mana boleh dipanggil dan yang mana boleh ditawarkan.

“Saya nasihatkan ya, itu proses biasa… itu adalah perkara asas yang semua orang patut tahu. Budi bicara tersebut adalah urusan pihak pendakwaan,” katanya sebelum perbicaraan kes Siti Bainun Ahd Razali itu bemula.

Terdahulu, Izralizam menyoal pihak pendakwaan mengenai jumlah saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dan Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas menjawab “lebih kurang 10 saksi”.

Seramai lapan saksi pendakwaan telah memberikan keterangan dalam kes itu dan hari ini saksi kelapan iaitu Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, menyambung soal balas oleh pihak pembelaan.

Sebelum ini, media melaporkan peguam pemerhati kes Bella mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara yang dilihat ‘tidak harmoni’ dalam perbicaraan kes remaja sindrom down itu.

Peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata antara perkara yang dibangkitkan adalah ketidakhadiran kali kedua Bella bagi sesi pengecaman di mahkamah pada Isnin lepas dan pihaknya tidak dimaklumkan oleh pihak pendakwaan lebih awal mengenai ketidakhadiran itu.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung. – Bernama

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
4 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah bebas Yasin daripada hukuman gantung, didakwa miliki kanabis
6 jam lalu· Isu semasa
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
22 jam lalu· Politik
Mahkamah tolak permohonan Zahid halang kenyataan Dr M terhadapnya
July 5, 2022· Politik
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
July 6, 2022 · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
8 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
18 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
27 minit lalu · Isu semasa
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
1 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok