Kes baharu turun tiga hari berturut-turut, 10 kematian semalam

August 23, 2022 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 22 Ogos 2022) turun lagi buat hari ketiga-tiga, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,078 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 2,464 kes yang dicatat pada Ahad, dengan 10 kematian direkod dan satu kluster baharu dikesan.

Jangkitan baharu semalam turut melibatkan 12 kes import.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,759,830 kes, dengan 4,685,979 pesakit telah pulih, termasuk 3,290 pesakit yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,355 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 438 kes (individu lengkap dua dos); 265 kes (individu tidak divaksinasi); dan 20 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 37,696 kes, berbanding 38,918 yang dicatat pada Ahad, dengan seramai 36,187 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (37,408 pada Ahad), dan 31 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (32 pada Ahad).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital kekal pada 1,409 orang sama seperti pada Ahad, manakala 69 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (33 pada Ahad).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 427 (1,453,440);
  • Kuala Lumpur – 457 (421,932);
  • Johor – 112 (391,191);
  • Sabah – 210 (387,757);
  • Sarawak – 78 (311,912);
  • Kedah – 81 (306,899);
  • Pulau Pinang – 91 (294,046);
  • Kelantan – 93 (251,243);
  • Perak – 160 (220,869);
  • Negeri Sembilan – 111 (218,102);
  • Pahang – 51 (175,572);
  • Melaka – 88 (132,225);
  • Terengganu – 52 (128,349);
  • Putrajaya – 55 (26,079);
  • Labuan – 2 (22,087); dan
  • Perlis – 10 (18,127).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai 10 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,155 kes, termasuk 7,681 kes brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, diikuti masing-masing dua di Negeri Sembilan serta Putrajaya; dan masing-masing satu di Kedah, Melaka serta Pulau Pinang.

Sementara itu satu kluster baharu Covid-19 dilaporkan iaitu Kluster Jalan Besar Tanjung 3 di Kinta, Perak melibatkan tujuh kes kumpulan berisiko tinggi.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
18 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
19 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
9 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok