Jangkitan baharu turun, bawah 3,000 kes terendah sejak Mei

December 20, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 2,589 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini. Angka di bawah 3,000 kes itu adalah yang terendah sejak Mei lalu.

Kali terakhir negara merekodkan jumlah jangkitan harian terendah di bawah 3,000 kes ialah pada 3 Mei lalu iaitu sebanyak 2,500 kes, dengan paling tinggi sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos lalu.

Jumlah jangkitan terendah yang dicatat di bawah 3,000 kes sepanjang 1 Januari lalu hingga hari ini ialah sebanyak 941 kes pada 29 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian terbaharu hari ini meningkat berbanding 3,108 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam, menjadikan kumulatif positif yang dikesan sehingga kini sebanyak 2,721,544 kes, dengan sehingga semalam 2,634,381 pesakit sembuh, dan 31,092 meninggal dunia.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata hasil saringan yang dijalankan KKM di pusat pemindahan sementara banjir juga sudah merekodkan 181 kes positif dan dijangka akan berlaku pertambahan.

Sehingga semalam, 53,482 kes masih aktif, dengan 45,147 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,013 ditempatkan di PKRC; 3,932 dimasukkan ke hospital; dan 390 dirawat di ICU, dengan 211 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut laman sesawang Covidnow KKM, sebanyak 252 kluster Covid-19 di seluruh negara masih aktif dengan 130 daripadanya melibatkan kluster baerkaitan tempat kerja.

Sementara itu, beliau berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.92.

Hanya dua negeri mencatat nilai Rt melebihi 0.99 iaitu Pulau Pinang dan Pahang yang mencatat 1.00, manakala terendah adalah di Sarawak dengan Rt 0.74.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Statistik pemberian dos penggalak bagi setiap negeri sehingga 19 Disember 2021.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
3 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
9 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
18 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok