Kes baharu turun sedikit tiga hari berturut-turut

Sebanyak 5,143 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,551,452 kes, manakala sehingga semalam seramai 2,451,216 pesakit disahkan telah sembuh.

Sehingga semalam, jumlah kes aktif di seluruh negara meningkat sedikit berbanding kelmarin apabila bertambah 98 kes menjadikan keseluruhannya sebanyak 65,417 kes.

Daripada jumlah itu, 51,030 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah; 8,067 ditempatkan di PKRC; 5,796 dimasukkan ke hospital; dan 524 pesakit dirawat di ICU dengan 265 memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR