Kes baharu turun sedikit

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam pada Jumaat (1 April 2022) – hari pertama fasa peralihan ke endemik – turun sedikit berbanding Khamis.

Menerusi laman sesawang CovidNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), semalam sebanyak 17,476 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 18,560 kes pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif kini mencecah 4,219,395 kes, dengan 3,977,403 pesakit telah sembuh, 35,013 kematian dan 206,979 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 201,924 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 615 ditempatkan di PKRC; 4,177 dimasukkan ke hospital; dan 263 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 162 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam, dengan Kuala Lumpur merekodkan 1,191 kes berbanding 1,188 kes pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 328,893 kes, dengan 306,765 pesakit telah pulih, 2,791 kematian dan 19,337 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 18,881 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 120 ditempatkan di PKRC; 316 dimasukkan ke hospital; dan 20 pesakit dirawat di ICU, dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Perak pula merekodkan 788 kes baharu berbanding 751 pada Khamis, diikuti Sarawak (648 kes baharu, 639 Khamis); Pahang (496 kes baharu, 480 Khamis); Melaka (439 kes baharu, 338 Khamis); Sabah (270 kes baharu, 214 Khamis); dan Labuan (56 kes baharu, 42 Khamis).

BERITA BERKAIT
POPULAR