Kes baharu turun kepada 5,809

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun semula kepada 5,809 kes, berbanding 6,517 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif kes sejak awal tahun lalu hingga tengah hari tadi sebanyak 2,541,147 kes.

Berdasarkan statistik dalam laman sesawang COVIDNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga semalam seramai 2,441,485 pesakit Covid-19 dilaporkan telah sembuh.

Semalam, jangkitan Covid-19 di Lembah Klang kembali melonjak dengan merekodkan 2,267 kes daripada keseluruhan 6,517 kes yang dilaporkan.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pernah menjadi ‘hotspots’ atau ‘zon panas’ penularan Covid-19 di negara ini, khususnya sepanjang Ogos lalu.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan di setiap negeri, sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan kes baharu, semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR