Kes baharu turun ke paras terendah sejak beberapa bulan

September 27, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun mendadak ke paras terendah sejak beberapa bulan lalu dengan kebanyakan negeri turut merekodkan penurunan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu 10,959 jangkitan baharu direkodkan berbanding 13,104 kes semalam.

Beliau berkata, angka baharu itu menjadikan kumulatif keseluruhan sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,209,194 kes.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kecuali Pahang dan Terengganu, negeri dan Wilayah Persekutuan yang lain merekodkan penurunan mendadak dengan Selangor kini mencatat kes tiga angka.

Pahang hari ini merekodkan 739 kes baharu, naik berbanding 604 kes semalam, manakala Terengganu mencatat 691 kes berbanding 685 kes semalam.

Bagaimanapun, Sarawak walaupun mencatatkan penurunan kes hari ini, negeri itu kekal merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 2,723 kes berbanding 2,943 kes semalam.

Lembah Klang – merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – yang sebelum ini menjadi pusat penularan pandemik Covid-19, terus mencatat penurunan kes baharu.

Selangor merekodkan 979 kes hari ini berbanding 1,558 kes semalam, diikuti Kuala Lumpur (176 kes hari ini, 270 semalam); dan Putrajaya (18 kes hari ini, 24 kes semalam).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok