Kes baharu turun, kadar jangkitan di Labuan melonjak Rt 1.22

November 27, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun lagi buat hari kedua berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dalam tempoh itu sebanyak 5,097 jangkitan baharu dikesan, berbanding 5,501 kes yang direkodkan dalam tempoh sama semalam.

Beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,619,577 kes, manakala 2,516,693 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam negara merekodkan 67,547 kes aktif. Daripada jumlah itu, 54,020 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 7,474 ditempatkan di PKRC; 5,534 pesakit dimasukkan ke hospital; dan 519 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 267 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu,Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Wilayah Persekutuan Labuan melonjak lagi ke paras tertinggi berdasarkan jangkaan mengikut kes harian semalam.

Beliau memaklumkan Labuan kini merekodkan kadar kebolehjangkitan sebanyak Rt 1.22, berbanding 1.19 sebelum ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengisytiharkan Wilayah Persekutuan itu sebagai Zon Merah Covid-19, susulan peningkatan jangkitan, termasuk kes positif melibatkan dua kluster baharu.

Kedua-dua kluster itu – Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

Sehingga semalam, Labuan merekodkan 169 kes aktif, dengan 142 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 18 ditempatkan di PKRC; tujuh dimasukkan ke hospital; dan dua dirawat di ICU, termasuk seorang yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Wilayah Persekutuan itu kini mencatat 10,366 kumulatif positif, manakala 10,125 pesakit telah sembuh, dan 149 kematian.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.97, kata Dr Noor Hisham.

Berdasarkan statistik yang dikongsi beliau, sembilan negeri mencatat Rt melebihi 1.00, manakala Sarawak merekodkan Rt terendah sebanyak 0.78.

Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing mencatat Rt 1.04; diikuti Pulau Pinang dan Putrajaya (1.03); Selangor dan Perak (1.02); Melaka dan Pahang (1.01); dan Johor 1.00.

Sabah, Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatat Rt 0.98; Negeri Sembilan (0.94); dan Perlis (0.88).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok