Kes baharu turun, enam negeri rekod peningkatan

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun kepada 9,751 kes berbanding 9,890 kes yang direkodkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 2,323,478 kes.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam tempoh 24 jam itu enam negeri merekodkan peningkatan kes baharu.

Selangor mencatat jangkitan baharu tertinggi apabila merekodkan 1,796 kes hari ini berbanding 1,402 semalam, diikuti Kelantan sebanyak 1,052 kes hari ini (1,032 semalam.

Kedah pula merekodkan 678 kes hari ini berbanding 503 kes semalam, diikuti Kuala Lumpur (313 kes hari ini, 250 semalam); Negeri Sembilan (243 hari ini, 180 semalam); dan Labuan (dua kes hari ini, sifar kes semalam).

BERITA BERKAIT
POPULAR