Kes baharu turun di bawah 5,000

June 14, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu sehingga 12 tengah hari tadi turun di bawah 5,000 apabila kes positif baharu harian merekodkan 4,949 kes, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun tujuh negeri mencatat kenaikan kes positif berbanding semalam dengan Selangor, walaupun kekal tinggi, mula menunjukkan penurunan.

Negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Perak, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu dan Johor.

Beliau berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan menerusi perintah sekatan penuh atau total lockdown, nilai R-naught berjaya diturunkan kepada kurang daripada 1 manakala kes sembuh mencatatkan angka melebihi kes positif selama tujuh hari berturut-turut.

Katanya ini dapat dilihat menerusi trend kes positif fan kes sembuh baharu yang direkodkan mulai 31 Mei hingga 13 Jun lalu.

“Namun ini tidak bermakna kita boleh berasa selesa dengan keadaan sekarang kerana kes positif harian dan kes aktif masih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘total lockdown’ di seluruh negara bermula 1 Jun lalu, namun disambung lagi selama 14 hari bermula esok sehingga 28 Jun.

Keputusan itu dibuat dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang sebelum ini menunjukkan peningkatan mendadak dan membimbangkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok