
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 31 Julai 2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh negara semalam (Ahad, 31 Julai) turun kepada 2,783 kes, berbanding 4,271 kes yang dilaporkan pada Sabtu.
Pada masa sama, KKM berkata sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, termasuk empat kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Jumlah jangkitan semalam menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,680,053 kes, dengan 4,598,778 pesakit telah sembuh, termasuk 4,482 yang pulih semalam.
Data laman sesawang GitHUB KKM menunjukkan daripada jumlah kes baharu berkenaan, 1,919 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 516 kes (penerima dos kedua); 323 kes (individu tidak divaksinasi); dan 25 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Menurut KKM, kes aktif Covid-19 sehingga kini turun kepada 45,306 berbanding 47,014 kes yang direkodkan pada Sabtu, termasuk 43,753 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (45,487 sehingga Sabtu), dan 22 lagi ditempatkan di PKRC (19 pada Sabtu).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula sebanyak 1,477, berbanding 1,446 pesakit pada Sabtu, manakala 54 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (62 pada Sabtu) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (34 pada Sabtu).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:
- Selangor – 826 (1,428,226);
- Kuala Lumpur – 473 (403,499);
- Johor – 89 (388,746);
- Sabah – 252 (381,546);
- Sarawak – 56 (309,697);
- Kedah – 114 (304,454);
- Pulau Pinang – 216 (290,753);
- Kelantan – 32 (249,624);
- Perak – 242 (215,066);
- Negeri Sembilan – 234 (213,592);
- Pahang – 38 (174,054);
- Melaka – 114 (129,332);
- Terengganu – 18 (127,378);
- Putrajaya – 65 (24,319);
- Labuan – 11 (21,887); dan
- Perlis – 3 (17,890).
Bagi sembilan kes kematian yang dilaporkan semalam, tiga membabitkan Selangor, dan masing-masing satu di Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Jumlah itu menjadikan seramai 35,969 pesakit meninggal dunia sejak Mac 2020 hingga semalam, dengan 7,641 daripadanya adalah kes BID.