Kes baharu turun bawah 2,000, lima kematian dilaporkan semalam

May 17, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 1,697 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, Isnin (16 Mei 2022), turun 542 kes berbanding 2,239 yang dicatat pada Ahad.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak wabak Covid-19 melanda negara pada awal Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,479,809 kes.

Dalam tempoh itu juga seramai 4,413,310 pesakit telah pulih, setelah 1,548 pesakit lagi disahkan sembuh semalam.

Sebanyak 30,879 kes masih aktif, termasuk 29,693 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 23 ditempatkan di PKRC; 1,123 dimasukkan ke hospital; dan 40 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data laman CovidNOW pula menunjukkan lapan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan baharu semalam, berbanding pada Ahad.

Kuala Lumpur mencatat 370 kes baharu berbanding 338 pada Ahad, diikuti Sabah (48 kes, 43 Ahad); Kedah (47 kes, 43 Ahad); Putrajaya (38 kes, 15 Ahad); Pahang (36 kes, 28 Ahad); Terengganu (20 kes, 17 Ahad); Kelantan (15 kes, 13 Ahad); dan Labuan (empat kes, dua Ahad).

Laman sesawang Github KKM pula menunjukkan daripada 1,697 jangkitan baharu semalam, 1,149 melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Sebanyak 319 kes lagi membabitkan individu yang menerima dua dos; 200 (tidak menerima vaksinasi); dan 29 (individu yang belum lengkap vaksinasi.

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau BID.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,620 kes, termasuk 7,543 kes BID.

Menurut KKM, lima kematian itu melibatkan dua di Melaka dan masing-masing satu di Johor, Sarawak dan Selangor.

Sehingga semalam juga 54 daripada 7,011 kluster Covid-19 masih aktif manakala selebihnya telah ditamatkan. Tiada kluster baharu dilaporkan semalam.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok