Kes baharu terendah sejak 3 Februari

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 17 April 2022) turun mendadak ke paras terendah dalam tempoh 72 hari apabila mencatat 6,623 kes, berbanding 9,705 pada Sabtu.

Kali terakhir jangkitan harian terendah dicatat adalah pada 3 Februari lalu iaitu sebanyak 5,720 kes, manakala tertinggi dicatat tahun ini ialah pada 5 Mac iaitu 33,406 kes.

Jumlah jangkitan semalam menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020 kini sebanyak 4,389,025.

Daripada jumlah itu, seramai 4,249,704 pesakit telah sembuh, 35,421 kematian dicatatkan dan 103,900 kes masih aktif, termasuk 101,294 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, seramai 356 pesakit ditempatkan di PKRC; 2,124 dimasukkan ke hospital; dan 126 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi, tiga negeri sahaja yang mencatatkan peningkatan jangkitan harian semalam, berbanding pada Sabtu, namun nisbahnya terlalu kecil.

Perak merekodkan 413 jangkitan baharu berbanding 384 pada Sabtu, diikuti Sabah (69 kes baharu, 63 Sabtu), dan Perlis (13 kes baharu, enam pada Sabtu).

Jangkitan di semua negeri dan Wilayah Persekutuan berada di bawah paras 500 kes, kecuali Selangor yang mencatat 4,137 kes baharu berbanding 6,568 pada Sabtu, dengan Labuan merekodkan jumlah terendah iaitu empat kes baharu.

Berikut adalah kumulatif kes positif di negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga semalam, 17 April 2022:

  • Selangor – 1,305,234;
  • Johor – 380,363;
  • Sabah – 369,912;
  • Kuala Lumpur – 341,766;
  • Sarawak – 303,890;
  • Kedah – 297,280;
  • Pulau Pinang – 274,927;
  • Kelantan – 246,981;
  • Negeri Sembilan – 198,353;
  • Perak – 197,829;
  • Pahang – 169,981;
  • Terengganu – 124,947;
  • Melaka – 120,433;
  • Labuan – 21,234;
  • Putrajaya – (18,735; dan
  • Perlis – 17,160.

Berikut pula ialah jumlah kes positif mengikut kumpulan umur dalam tempoh minggu ini:

  • 30-39 tahun – 15,428 kes;
  • 18-29 tahun – 13,882 kes;
  • 40-49 tahun – 8,639 kes;
  • 12-17 tahun – 6,477 kes;
  • 5-11 tahun – 5,408 kes;
  • 50-59 tahun – 5,350 kes;
  • 0-4 tahun – 3,715 kes;
  • 60-69 tahun 3,290 kes;
  • 70-79 tahun – 1,510 kes; dan
  • 80 tahun dan ke atas – 761 kes.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 17 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR