Kes baharu terendah dalam sebulan

October 2, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun ke paras terendah apabila merekodkan 10,915 kes, berbanding 11,889 kes yang dicatat semalam.

Jumlah terendah dalam tempoh sebulan lalu pernah direkodkan ialah sebanyak 10,959 kes yang dicatat pada 27 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan jangkitan sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,268,499 kes.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), hanya empat negeri yang merekod peningkatan kes baharu hari ini berbanding lapan negeri semalam.

Kelantan merekodkan lonjakan tinggi jangkitan baharu hari ini melepasi tiga angka apabila 1,288 kes dicatat berbanding 858 kes semalam.

Ini diikuti Terengganu yang merekodkan 818 kes hari ini berbanding 699 semalam; Negeri Sembilan (211 kes hari ini, 197 semalam); dan Labuan (empat kes hari ini, dua semalam).

Bagaimanapun, Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi mencatat kes apabila merekodkan 2,121 kes hari ini berbanding 2,413 kes semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
12 minit lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
18 minit lalu · Isu semasa
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
56 minit lalu · Isu semasa
3,083 kes semalam, 12 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
RUU Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 lulus
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok