Kes baharu semalam turun ke paras terendah sejak Jun, tiga kematian

September 12, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 11 September 2022) turun ke paras terendah sejak Jun lalu apabila mencatat 1,483 kes, berbanding 1,971 kes yang direkodkan pada Sabtu.

Kali terakhir jumlah kes harian terendah dicatatkan pada 7 Jun lalu iaitu sebanyak 1,128 kes, diikuti 5 September (1,486 kes), menurut data laman Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,805,107 kes, dengan 4,742,488 pesakit telah sembuh, termasuk 2,090 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,022 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 298 kes (penerima dua dos); 158 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 26,339 kes masih aktif, turun lagi berbanding 26,949 yang dicatat pada Sabtu.

Jumlah itu termasuk, 25,021 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,648 pada Sabtu); dan lapan pesakit ditempatkan di PKRC, sama seperti pada Sabtu.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun naik sedikit kepada 1,241, berbanding 1,224 pesakit pada Sabtu, manakala 68 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (69 pada Sabtu), dengan 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (49 pada Sabtu).

Data laman sesawang CovidNOW pula menunjukkan dalam tempoh minggu ini, individu berusia 18 hingga 29 tahun paling ramai menyumbang kepada kes baharu iaitu membabitkan 3,929 kes.

Berikut adalah kes sepanjang minggu ini mengikut kategori umur:

  • 30 hingga 39 tahun – 3,609 kes;
  • 40 hingga 49 tahun – 2,070 kes;
  • 50 hingga 59 tahun – 1,272 kes;
  • 60 hingga 69 tahun – 901 kes;
  • 70 hingga 79 tahun – 540 kes;
  • 0 hingga 4 tahun – 497 kes;
  • 5 hingga 11 tahun – 444 kes; dan
  • 12 hingga 17 tahun – 391 kes.

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 268 (1,466,660);
  • Kuala Lumpur – 328 (430,553);
  • Johor – 73 (392,791);
  • Sabah – 127 (391,930);
  • Sarawak – 86 (313,907);
  • Kedah – 54 (308,476);
  • Pulau Pinang – 63 (295,798);
  • Kelantan – 37 (252,624);
  • Perak – 138 (224,650);
  • Negeri Sembilan – 110 (220,435);
  • Pahang – 49 (176,755);
  • Melaka – 67 (134,068);
  • Terengganu – 26 (129,117);
  • Putrajaya – 43 (26,925);
  • Labuan – 2 (22,200); dan
  • Perlis – 12 (18,318).

KKM juga memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Dua kes kematian itu dilaporkan di Johor, termasuk satu BID, dan satu kes di Terengganu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,280 kes, termasuk 7,710 kes BID.

Sementara itu, KKM juga melaporkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam lebih 72.30 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,097,137 melibatkan dos pertama; 27,500,669 (doa kedua); 16,225,084 (dos penggalak pertama); dan 483,961 (dos penggalak kedua).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
4 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok