Kes baharu semalam turun bawah 2,000, empat kematian dilaporkan

September 10, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 9 September 2022) turun kembali kepada 1,990 kes, berbanding 2,226 kes yang dicatat pada Khamis, menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,801,653 kes, dengan 4,738,009 pesakit telah sembuh, termasuk 2,016 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,429 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 369 kes (penerima dua dos); 185 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,370 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 27,400 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu termasuk, 26,007 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (26,045 pada Khamis); dan sembilan pesakit ditempatkan di PKRC (14 pada Khamis).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital naik sedikit kepada 1,287 semalam, berbanding 1,277 pesakit pada Khamis, manakala 67 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (64 pada Khamis), dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (38 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 500 (1,465,802);
  • Kuala Lumpur – 454 (429,854);
  • Johor – 88 (392,645);
  • Sabah – 183 (391,543);
  • Sarawak – 89 (313,736);
  • Kedah – 82 (308,359);
  • Pulau Pinang – 85 (295,633);
  • Kelantan – 66 (252,542);
  • Perak – 177 (224,324);
  • Negeri Sembilan – 87 (220,250);
  • Pahang – 46 (176,664);
  • Melaka – 68 (133,910);
  • Terengganu – 18 (129,067);
  • Putrajaya – 32 (26,844);
  • Labuan – 7 (22,194); dan
  • Perlis – 8 (18,286).

KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Semua kes kematian itu dilaporkan di fasiliti kesihatan.

Kes kematian itu dilaporkan di Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,274 kes, termasuk 7,709 kes BID.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok