Kes baharu semalam kekal bawah 2,000, lima kematian dilaporkan

September 13, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 12 September 2022) kekal di bawah paras 2,000 apabila merekodkan 1,847 kes, termasuk tujuh kes import – naik sedikit berbanding 1,483 yang dicatat pada Ahad.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,806,954 kes, dengan 4,744,636 pesakit telah sembuh, termasuk 2,148 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,279 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 369 kes (penerima dua dos); 196 kes (individu tidak divaksinasi); dan tiga kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 26,033 kes masih aktif, turun lagi berbanding 26,339 yang dicatat pada Ahad.

Jumlah itu termasuk, 24,752 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,021 pada Ahad); dan 10 pesakit ditempatkan di PKRC (lapan pada Ahad).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun turun sedikit kepada 1,204, berbanding 1,241 pesakit pada Ahad, manakala 67 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (68 pada Ahad), dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (48 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 598 (1,467,258);
  • Kuala Lumpur – 340 (430,893);
  • Johor – 80 (392,871);
  • Sabah – 135 (391,965);
  • Sarawak – 67 (313,974);
  • Kedah – 88 (308,564);
  • Pulau Pinang – 63 (295,861);
  • Kelantan – 107 (252,731);
  • Perak – 122 (224,772);
  • Negeri Sembilan – 75 (220,510);
  • Pahang – 47 (176,802);
  • Melaka – 48 (134,116);
  • Terengganu – 32 (129,149);
  • Putrajaya – 22 (26,947);
  • Labuan – 7 (22,207); dan
  • Perlis – 16 (18,334).

KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak dan masing-masing satu di Johor serta Kedah (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,285 kes, termasuk 7,711 kes BID.

Berita berkaitan
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
Kesihatan Presiden PAS semakin pulih, terima kasih kerana mendoakan
July 2, 2023· Politik
Perbicaraan rayuan kes rasuah Isa Samad ditangguh 16 Oktober
June 26, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok