Kes baharu naik semula melebihi 2,000, tiga kematian dilaporkan

October 20, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 19 Oktober 2022), meningkat semula melebihi 2,000 kes setelah turun tiga hari berturut-turut.

Dalam tempoh itu, 2,295 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 1,873 kes pada Selasa, lapor Kementerian kesihatan (KKM) hari ini.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,872,570 kes, dengan 4,811,810 pesakit telah sembuh, termasuk 1,386 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,664 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 440 kes (penerima dua dos); 179 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 24,331 kes masih aktif, meningkat berbanding 23,425 kes yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 23,215 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah 23,425 pesakit pada Selasa); 1,072 dirawat di hospital meningkat berbanding 1,022 pada Selasa.

Seramai 44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (43 Selasa), dengan 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (12 Selasa).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 822 (1,487,771)
  • Kuala Lumpur – 625 (444,553)
  • Sabah – 145 (397,271)
  • Johor – 46 (394,702)
  • Sarawak – 64 (316,783)
  • Kedah – 67 (310,931)
  • Pulau Pinang – 73 (298,858)
  • Kelantan – 57 (254,514)
  • Perak – 145 (230,266)
  • Negeri Sembilan – 79 (223,723)
  • Pahang – 42 (178,107)
  • Melaka – 62 (136,297)
  • Terengganu – 32 (130,010)
  • Putrajaya – 28 (27,952)
  • Labuan – 2 (22,300)
  • Perlis – 6 (18,532)

Sementara itu, tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kematian dilaporkan di Johor, termasuk satu kes BID, manakala satu lagi di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban adalah sebanyak 36,429 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,749 kes adalah kematian BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
6 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
8 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok